Loading...
Sunday, April 27, 2014

3 Cara Pikat Hati Suami


Semua pasangan yang mendirikan rumahtangga mengimpikan kebahagiaan sehingga akhir hayat. Tetapi tahukah anda bagaimana untuk mengecapi kebahagian itu? Di sini terdapat beberapa cara untuk para isteri memikat hati suami supaya kebahagiaan rumahtangga sentiasa melimpahi keluarga anda:

Cara pertama; Jaga emosi suami anda.

Jika anda pandai jaga emosi suami anda, anda pasti akan berjaya memikat hati dia. Jika suami anda sedang marah, anda jangan marah dia. Sebaliknya, anda tenangkan dia dengan kebijaksanaan. Jangan lakukan sesuatu yang boleh mengundang kemarahan dan perasaan kurang senang suami anda. Gembirakan suami anda dengan sentiasa membuatkan dia untuk mencintai diri anda.

Cara kedua; Tunjukkan rasa cinta pada suami anda.


Sekarang, anda sudah berkahwin. Jadi, anda boleh tunjukkan rasa cinta melalui pelbagai cara. Pelukan, ciuman, urutan dan rabaan adalah antara cara untuk anda tunjukkan rasa cinta kepada suami anda. Selain itu, anda juga boleh layan suami anda seperti sang raja sebagai tanda anda mencintai dia. Tunjukkan pada dia bahawa dia sangat penting dalamhidup anda.

Cara ketiga; Tarikan secara seksual.

Ketahui bagaimana nafsu seks suami anda dan jadilah seperti mana yang dia mahu. Jadi seseorang yang boleh merangsang nafsu suami anda. Jika suami anda bernafsu pada anda, pasti dia akan menyayangi anda dengan sepenuh hati dia tanpa berbelah bahagi.

Ketiga – tiga cara di atas sangat sesuai untuk di praktikkan bagi memikat hati suami anda. Cubalah, nescaya anda akan nampak hasil yang positif.
[Sumber ]

0 comments:

Post a Comment

 
TOP