Loading...
Saturday, April 26, 2014

5 Cara Pikat Hati Suami Anda


Adakah anda seorang isteri yang sayangkan suami? nak tahu cara pikat suami anda?, jom baca disini:

Tahukah anda cinta sejati itu harus disemai jika tidak ia akan makin pupus. Sebagai seorang isteri sememangnya di lumrahkan 1001 keistimewaan yang membolehkan anda memikat suami.

Jangan menunggu si suami bertindak, kadang kala lelaki inginkan si isteri memikat hatinya juga. Usah bersikap optimis, jadi gunakan kuasa anda untuk membuatkan si suami merasai cinta anda. Secara tidak langsung, dia akan bertambah cinta terhadap anda.

1) Fahami Sifat sikap suami

Fahami sikap dan tabiat si suami tetapi cuba sesuaikan diri anda selagi ianya tidak berlawanan dengan tuntutan agama.
Menghormati dan memahami kehendaknya dengan cara mengiakan setiap keputusannya. Jika anda ingin membantah, si isteri perlu berlembut dalam pertuturan.
Menunjukkan rasa gembira ketika bersama, jika si isteri tidak menyukai sesuatu. Berbincanglah dengan suami, jika berasa takut atau segan, si isteri boleh menulis surat kepada si suami.

2) Berkelakuan Baik Terhadap Suami

Menjaga maruah si suami dengan cara tidak bercerita kepada orang lain tentang hal rumahtangga anda. Jika suami mengetahuinya ini akan mencalar maruahnya sebagai lelaki.
Ikhlas dalam perhubungan kerana si suami inginkan si isteri yang jujur dan tidak menyimpan rahsia.

3) Bersederhana dalam berbelanja

Jangan membebankan si suami dengan meminta barang-barang yang di luar kemampuan suami.

Bersikap sopan santun, berlemah lembut dan juga berpakaian sopan jika keluar berjalan-jalan dengan suami. Ini kerana selepas berkahwin sifat cemburu suami semakin meningkat.
Isteri yang bijak berbelanja dan pandai menguruskan kewangan akan lebih disayangi suami.

4) Sentiasa cantik untuk suami anda

Bersolek dan memakai wangi-wangian untuk menyambut kepulangan suami. Sambutlah dengan senyuman dan ceria.
Walaupun si suami tidak merungut, kerana ingin menjaga hati si isteri. Tetapi, fitrah semulajadi suami ingin melihat kecantikan si isteri walau di rumah sekalipun.

5) Memasak lauk kegemaran suami.
Anda juga boleh memasak lauk kegemaran suami anda supaya anda boleh pikat hati suami anda. Untuk pengetahuan si isteri, kebanyakkan lelaki sukakan isteri yang pandai memasak dan mengemas rumah.
Oleh itu, jika anda mempunyai ciri-ciri ini maka mudahlah anda pikat hati suami anda dengan hanya memasak lauk kegemarannya

Itu sahaja perkongsian yang dapat di berikan. Semoga hubungan rumah tangga anda kekal sepanjang hayat. Antara kunci rumah tangga bahagia juga adalah kerana sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain dan percaya kepada pasangan masing-masing.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

 
TOP