Loading...
Thursday, June 12, 2014

Lelaki Perlu Bersabar Dengan Wanita


Lelaki perlu bersabar dengan wanita

"Hendaklah kamu saling meminta nasihat mengenai perkara kebaikan kepada wanita kerana sesungguhnya wanita dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang paling atas.

"Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah. Jika ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok, maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Huraian:


- Suami hendaklah bersikap bijaksana dalam membentuk kehidupan isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan mengakibatkan kepincangan rumah tangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.

- Adalah menjadi kewajipan setiap suami memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.

- Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW mengenai wanita menunjukkan ia sangat penting kerana mereka golongan lemah yang perlu kepada orang untuk melindungi, menguruskan hal dan mengawal pergerakan mereka.

- Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan kerana lelaki lebih mampu sabar.


www.panduansuamisteri.blogspot.com

1 comments:

 
TOP